uHuk~uhuk~ cough+asthma

7:44 PM Posted In Edit This 0 Comments »

uhuk~uhuk~eksikus me~ after three weeks suffering from this cough..finally i decided to go to clinic...and again..meet my doc DR.GANESH..which every year i wont miss to meet him..(yeap..every year i will get sick hu~)as i expected...its about my asthma again..when he checked on me...he said ' your asthma is coming again' and i just nodded my head with a simple 'owh' as an answer..well honestly, i don't believe i had one!

since 2004 he give me those inhaler..but none of them i ever use..except when i join school trip to BTN,Kundasang..which located in a cold area..i cant breath normally so i use those inhaler..and after that..i carry on with my normal life assuming that i don't have asthma hoho i'm not acting like stubborn kid here okay..just that the other part of my brain convince me that im clean from asthma hahaha and guess what..i believe with my cleverness 'other' part of my brain :p yai..clever la sgt..

hurm..im doing a little test with a machine..a blew blew test i should name haha because all i have to do is breath in and breath out 3 times...3 times slowly and 3 times faster..and i can see a graph from the doc's computer..cannot explain in detail cuz i don't know a thing~! the only thing i can see is..the flow of my breath..and he print it..and the result? a circle..haha don't ask..i don't even know..all i know is i have a restriction when i breath..and the doc explain that my breath is dropping than normal WHICH is not good..so,i have an appointment with the doc one month from now because he want to check my improvement..naah..so i cannot skip again with the inhaler thing..hee

ok,here a bit information about cough and asthma..mine one is related cuz i had caugh that ended with asthma..hee~ ada ka pula bgini?sembarang! haha ok check this out..

batuk bukanlah satu penyakit tetapi merupakan suatu tanda penyakit.

Terdapat tiga jenis batuk yang sering dihadapi oleh kebanyakan kita.

1. Batuk berkahak disertai dengan gangguan pernafasan.
2. Batuk tanpa kahak disertai dengan gangguan pernafasan.
3. Batuk tanpa kahak dan tiada gangguan pernafasan.

Masalah batuk biasanya pulih selepas tempoh masa tertentu. namun begitu, ada juga kes batuk yang dialami lebih kerap dan berpanjangan apabila sistem pernafasan dijangkiti atau terus terdedah kepada bahan cemar alam sekitar seperti wasap kenderaan, asap atau jerebu.

"Apabila ini berlaku, batuk boleh membawa kesan serius kepada pesakit, kerana akan mengganggu tidur dan selera makan. Batuk kronik boleh menyebabkan seseorang terasa terlalu letih untuk pergi ke sekolah atau bekerja,"(THIS is the reason i dont go to class today hoho)

Kebanyakan orang menganggap batuk sebagai satu masalah kecil.(yess indeed..:p) Namun begitu, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan

Ini mungkin termasuk sakit kepala,(i got this)disritmia kardium (denyutan jantung tak sekata),<--and this.. masalah tidur(yeap..tia sng idup), pendarahan subkonjunktiva (mata merah)<--ne belom lg, muntah disebabkan batuk(owez), hernia inguinal dan refluks gastroesofagus.

"Dengan mengetahui jenis batuk yang dialami, anda boleh membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan perubatan jika perlu dan bukannya menunggu sehingga masalah batuk pulih secara sendiri,"(auch! its hurt! terasa sa ba ihh)

Seseorang perlu pergi berjumpa doktor jika batuk berpanjangan lebih daripada tiga minggu, sesak nafas, atau mengalami kesakitan teruk atau pengsan. (yeap..mine is 3weeks..sakit dada wo huu~so i go n have a date with my doc ahahaha)

Batuk yang kering dan nyaring mungkin menandakan radang larinks, manakala batuk yang kerap dialami secara berulang dengan nafas yang ditarik panjang seperti berdesis mungkin menandakan jangkitan salur pernafasan yang disebabkan oleh pertusis. Batuk berdengking pula mungkin disebabkan oleh jangkitan virus pada pita suara, larinks dan trakea.

"Jika anda mengalami batuk berkahak, perhatikan warna dan rupa kahak untuk menentukan jenis jangkitan yang anda alami,
Kahak yang bernanah dan berwarna keperangan menunjukkan jangkitan bakteria, manakala mukus kelabu keputihan menandakan alahan atau jangkitan virus, sementara kahak berbuih dikaitkan dengan edema pulmonari (bengkak paru-paru), iaitu kesan kegagalan jantung.

"Pesakit dengan kegagalan jantung biasanya batuk teruk pada waktu malam apabila berbaring, manakala perokok dan penghidap asma biasanya mengalami batuk sekali-sekala pada awal pagi yang kadangkala berdehit. Dalam keadaan lebih serius, kahak yang keluar mungkin berdarah," (yeap..teruk time pagi sbb sejuk!)

Masalah batuk kerap yang dialami kurang daripada dua minggu boleh diklasifikasikan sebagai batuk akut, yang biasanya berpunca daripada jangkitan pernafasan virus seperti selesema biasa dan flu.

"Batuk yang berlarutan lebih daripada dua minggu dianggap batuk kronik. Walaupun batuk kronik biasanya tidak mengancam nyawa, punca asasnya perlu disiasat jika batuk berpanjangan,"


ASMA TIADA UBAT, PERLU DICEGAH

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.


nahhh info i get from web..just cut and paste what important hee :)

0 comments: